dah lama x update blog..Untuk sekian kali nya, saya update hasil kerja tangan saya yg ditempah oleh pelanggan-pelanggan saya..
cam nee lee upload pic boleh terbalik..masa upload ok jee...msk kat sini dah terbalik semua
Kepakaran dalam membuat agar-agar kering, lolipop pelbagai jenis coklat yang sedap, menyelerakan, manis, berperisa, rangup, kenyal dan yang penting HALAL. SNS Weddgift juga membuat kek-kek lapis,kek-kek buah-buahan dan kek kukus dimana resepinya adalah 100% dari Sarawak yang sedap, moist, harga berpatutan sesuai untuk hantaran,hadiah dan perayaan. SNS Weddgift menjual cenderamata dan doorgift untuk dihadiahkan kepada tetamu.
Selasa, 29 Oktober 2013
Jumaat, 11 Oktober 2013
Cheese Layer Cream Crackers
Bahan-Bahan :
250gm Cream Cheese
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar filling jem strawberry/blueberry/orange
1 kotak kecil susu low fat
2 paket Saltcheese cracker (saya telah mencuba pelbagai biskut, biskut di bawah adalah terbaik)
Cara-caranya:
Cream Cheese di pukul bersama susu pekat sehingga tidak berketul dan berkilat. Masukkan filling jem.
Biarkan.
Ambil bekas atau loyang (4" x 7" x 3"), masukkan 3 sudu besar cream cheese yg dipukul. Ratakan
Panaskan susu low fat biar suam-suam kuku.Celup Saltcheese cracker ke dalam susu, kemudian lapiskan di atas cheese. Tutupkan biskut dengan cheese dan kemudian lapiskan biskut, buat sehingga habis.
P
Khamis, 10 Oktober 2013
Pakej 1 - Hadiah Untuk Tetamu
Penerangan:
Pakej 1 : Goodies Untuk tetamu
1) 1 Candy Jelly in Jar
2) 1 Surah Yassin
3) 1 Paper Bag
Minimum Tempahan : 50 box
Harga:
RM 4.00 = 50 box - 500 box
RM 3.50 = 501 box - 1500 box
RM 3.00 = > 1501 box
Label:
agar-agar,
agar-agar kering,
candy jelly,
coklat,
cukur jambul,
hadiah,
hantaran tunang dan perkahwinan,
hari jadi,
jelly,
kek hantaran,
kek lapis,
keychain,
khatan,
pengantin baru,
Resepi,
swissroll cakes,
tetamu
Jumaat, 4 Oktober 2013
Produk terbaru - Keychain sebagai doorgift untuk sebarang majlis
Dengan kuantiti tempahan, nikmati harga seperti berikut;
1) 50 pcs - RM 2.20/pcs
2) 100 pcs - RM 1.90/pcs
3) 200 pcs - RM 1.80/pcs
4) 300 pcs - RM 1.70/pcs
5) > 400 pcs - RM 1.6/pcs
1) Tempahan perlu dibuat 1 bulan sebelum majlis.
2) Deposit 50% dari tempahan setelah pengesahan kedua-dua pihak dipersetujui. Deposit tidak akan di kembalikan sekiranya pembatalan dibuat 10 hari dari tarikh deposit diterima.
3) Harga di atas tidak termasuk caj pengeposan. Tiada caj penghantaran sekiranya datang ambil sendiri, perjumpaan di lokasi yang admin tetapkan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 011 2625 1635(zana)/019 612 6773(suzie)/014 734 6773(suzie)
Selasa, 1 Oktober 2013
Isnin, 23 September 2013
Caremel Cake
Caremel Cake hasil gabungan rasa caremel dan kek span lembut.
Bahan-bahan digunakan adalah telor,gula hangus,buah-buahan, tepung dan lain-lain..
berminat?boleh lee hubungi kami..Harga boleh dirunding
Bahan-bahan digunakan adalah telor,gula hangus,buah-buahan, tepung dan lain-lain..
berminat?boleh lee hubungi kami..Harga boleh dirunding
Label:
caremel cakes,
cukur jambul,
hadiah,
hantaran tunang dan perkahwinan,
hari jadi,
jelly,
kek hantaran,
kek lapis,
khatan,
kuih lama,
kuih tradisional,
layer kek,
pengantin baru,
Resepi,
tetamu
Ahad, 22 September 2013
Hadiah Untuk Tetamu
001 - Candy Jelly in Jar
Berikut syarat penempahan:
1) Tempahan perlu dibuat 3 bulan sebelum majlis.
2) Deposit 30% dari tempahan setelah pengesahan kedua-dua pihak dipersetujui. Deposit tidak akan di kembalikan sekiranya pembatalan dibuat 80 hari dari tarikh deposit diterima.
3) Harga di atas tidak termasuk caj pengeposan. Tiada caj penghantaran sekiranya datang ambil sendiri, perjumpaan di lokasi yang admin tetapkan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 011 2625
1635(zana)/019 612 6773(suzie)/014 734 6773(suzie)
Label:
agar-agar,
agar-agar kering,
bahulu,
candy jelly,
coklat,
cukur jambul,
hadiah,
hantaran tunang dan perkahwinan,
hari jadi,
jelly,
khatan,
kuih lama,
kuih tradisional,
pengantin baru,
tetamu
Selasa, 17 September 2013
Ahad, 15 September 2013
Hantaran Perkahwinan 15.09.2013
Rabu, 11 September 2013
Bahulu Ikan homemade
Bahulu Ikan (50 pcs/1bungkus)
Bahulu pelbagai perisa dibuat agak keras untuk tahan lebih lama luar(kulit).Sesuai untuk dihadiahkan kepada tetamu.
Bahulu pelbagai perisa dibuat agak keras untuk tahan lebih lama luar(kulit).Sesuai untuk dihadiahkan kepada tetamu.
Harga:
1- 1000 pcs - rm 0.40
1001- 2000 pcs - rm 0.30
2001 - 3000 pcs - rm 0.25
1001- 2000 pcs - rm 0.30
2001 - 3000 pcs - rm 0.25
Berminat?jom lee order..
Bahulu packing 50 pcs |
Bahulu yang siap packing dalam plastik. Setiap bungkus ada 2 bahulu ikan.
Tanpa hiasan RM 1.00 sahaja
Ada hiasan RM 1.30 sahaja.
Ini memudahkan bakal-bakal pengantin
2 biji Bahulu pack dlm plastik tanpa hiasan |
Ahad, 8 September 2013
Khamis, 5 September 2013
Swissroll Cakes
Selamat pagi Jumaat,lepas balik kerja rasa nya nak buat swissroll yg dah lama tak buat..bila tengok dalam u tube pelbagai corak swissroll hasil kerja tangan..nak try lee dah lama tidak melukis pada kek nie..Jom kita buat sama-sama
Isnin, 2 September 2013
Resepi Kek Lapis Masam Manis
Terdapat pelbagai cara pembuatan kek Lapis masam manis. Ada proses masakannya mengukus dan ada yang membakar. Ada yang membuat lapisan demi lapisan, sisik ikan dan ada yang memasukkan /mematah haw flakes sekaligus.
Apa pun caranya tetap sama cuma rasa nye berlainan sedikit.
Bahan-bahan
500 gm butter
150 gm gula pasir halus
150 gm susu pekat
(gula & susu boleh kurang sekiranya tidak mahu manis)
10 biji telur
300gm tepung biskut marie (1 paket biskut marie original)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu makan ovellate
2 peket Haw Flakes (bergantung saiz acuan, susunan)
1 sudu kecil pewarna (2 atau 3 warna)
Cara-caranya;
Butter,gula,susu dipukul sehingga kembang dan bertukar warna keputihan.Masukkan satu persatu telur. Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung biskut marie sedikit demi sedikit sehingga habis.Gaul hingga sebati. Baru masukkan ovellate dan akhir sekali esen vanila.
Bahagian 2 atau 3 bahagian dan setiap bahagian campurkan warna pilihan.
1) Susunan Haw Flake -proses pembakaran & mengukus
Bakar & kukus - lapis demi selapis dan selang 2 lapisan susun haw flake
2) Hancurkan haw flake dan taburkan di dalam adunan - boleh pilih mana satu kukus atau bakar.
Tempahan kek Lapis Sarawak boleh dibuat bila-bila masa. Berminat boleh hubungi saya.
Jumaat, 30 Ogos 2013
Kek hantaran 1 - kek lapis masam manis
Kek lapis masam manis hantaran untuk pernikahan anak cikgu siti di antara gapi pada 31hb Ogos 2013. Berminat?harga boleh dirunding..
Selasa, 20 Ogos 2013
Mudah nye Membuat Agar-agar Gulung
Ambil gambar dari http://dayangkek.blogspot.com/2008/10/agar-agar-gulung.html |
Mungkin ada dikalangan kita menggemarkan agar-agar gulung kering yang dihasilkan di Sarawak. Di semenanjung Malaysia saya masih belum terjumpa agar-agar gulung. Jadi sebagai alternatif kena lee buat sendiri. Banyak juga resepi agar-agar gulung yang saya jumpa di Internet. Saya pernah makan agar-agar gulung semasa duduk di Kuching, Sarawak semasa 12 tahun dahulu..Agar-agar gulung adalah bentuk yang kering.
Tunggu hasil kerja tangan saya untuk membuat agar-agar gulung versi SNS.
Resepi Agar-agar Gulung diambil dari http://myrolledjelly.blogspot.com/
RESIPI AGAR-AGAR GULUNG TRADISIONAL
Bahan-bahan
1kati (600gm) gula pasir
1 tahil agar-agar
6 cawan air
2 tahil gula batu
Cara
1. Masukkan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan agar-agar dan masak sehingga semua agar-agar hancur.
3. Masukkan gula dan gula batu dan kacau sehingga larut
4. Apabila telah likat, tuangkan satu senduk adunan ke atas dulang bulat dan lenggangkan sehingga rata dan nipis
5. Gariskan beberapa pewarna air di atas agar - agar itu untuk mendapatkan
tona warna yang cantik
6. Apabila agar - agar telah keras,gulungkannya ketat- ketat dan susunkan di dulang .
7. Potongkan agar-agar itu menyerong dansusun di dalam pinggan. Hidangkan
Khamis, 15 Ogos 2013
Selasa, 13 Ogos 2013
Misi & Tekad Menjalankan Perniagaan
Bila tengok ramai yang buat business jelous lak nak buat. Asyik beli jee dari orang tapi sendiri tak jalankan business. Habis kan duit sendiri tapi income tak masyuk2.
Banyak benda yang nak di jual nye,tp x tau lee nak buat yang dulu...
Banyak benda yang nak di jual nye,tp x tau lee nak buat yang dulu...
Sebelum2 ini hanya jalankan perniagaan hasil tempahan dari kawan2,saudara mara,sahabat handai dan juga kenalan,diwaktu raya,buat hantaran tunang dan perkahwinan,event dan sebagai doorgift..
Tergerak hati untuk buat online dan sumber income...
Langgan:
Catatan (Atom)