Selasa, 29 Oktober 2013

Hadiah Untuk Tetamu

dah lama x update blog..Untuk sekian kali nya, saya update hasil kerja tangan saya  yg ditempah oleh pelanggan-pelanggan saya..

cam nee lee upload pic boleh terbalik..masa upload ok jee...msk kat sini dah terbalik semua




Jumaat, 11 Oktober 2013

Cheese Layer Cream Crackers


Bahan-Bahan :

250gm Cream Cheese
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar filling jem strawberry/blueberry/orange
1 kotak kecil susu low fat
2 paket Saltcheese cracker (saya telah mencuba pelbagai biskut, biskut di bawah adalah terbaik)

Cara-caranya:
Cream Cheese di pukul bersama susu pekat sehingga tidak berketul dan berkilat. Masukkan filling jem.
Biarkan.
Ambil bekas atau loyang (4" x 7" x 3"), masukkan 3 sudu besar cream cheese yg dipukul. Ratakan
Panaskan susu low fat biar suam-suam kuku.Celup Saltcheese cracker ke dalam susu, kemudian lapiskan di atas cheese. Tutupkan biskut dengan cheese dan kemudian lapiskan biskut, buat sehingga habis.


P

Khamis, 10 Oktober 2013

Pakej 1 - Hadiah Untuk Tetamu


Penerangan:
Pakej 1 : Goodies Untuk tetamu 

1) 1 Candy Jelly in Jar
2) 1 Surah Yassin 
3) 1 Paper Bag

Minimum Tempahan : 50 box

Harga:

RM 4.00 = 50 box - 500 box
RM 3.50 = 501 box - 1500 box
RM 3.00 = > 1501 box 

Jumaat, 4 Oktober 2013

Produk terbaru - Keychain sebagai doorgift untuk sebarang majlis

Tempahan dibawah adalah dari Pn Ina sebanyak 200 pcs, sempena majlis perkahwinan. Sekiranya berminat boleh hubungi saya.





Dengan kuantiti tempahan, nikmati harga seperti berikut;

1) 50 pcs - RM 2.20/pcs
2) 100 pcs - RM 1.90/pcs
3) 200 pcs - RM 1.80/pcs
4) 300 pcs - RM 1.70/pcs
5) > 400 pcs - RM 1.6/pcs

Berikut syarat penempahan: 

1) Tempahan perlu dibuat 1 bulan sebelum majlis.
2) Deposit 50% dari tempahan setelah pengesahan kedua-dua pihak dipersetujui. Deposit tidak akan di kembalikan sekiranya pembatalan dibuat 10 hari dari tarikh deposit diterima.
3) Harga di atas tidak termasuk caj pengeposan. Tiada caj penghantaran sekiranya datang ambil sendiri, perjumpaan di lokasi yang admin tetapkan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 011 2625 1635(zana)/019 612 6773(suzie)/014 734 6773(suzie)

Isnin, 23 September 2013

Caremel Cake

Caremel Cake hasil gabungan rasa caremel dan kek span lembut.
Bahan-bahan digunakan adalah telor,gula hangus,buah-buahan, tepung dan lain-lain..
berminat?boleh lee hubungi kami..Harga boleh dirunding



Ahad, 22 September 2013

Hadiah Untuk Tetamu


Bakal-bakal Pengantin dan Ibu-bapa, pasti pening kepala hadiah apa untuk diberikan kepada tetamu.

001 - Candy Jelly in Jar





Berikut syarat penempahan: 

1) Tempahan perlu dibuat 3 bulan sebelum majlis.
2) Deposit 30% dari tempahan setelah pengesahan kedua-dua pihak dipersetujui. Deposit tidak akan di kembalikan sekiranya pembatalan dibuat 80 hari dari tarikh deposit diterima.
3) Harga di atas tidak termasuk caj pengeposan. Tiada caj penghantaran sekiranya datang ambil sendiri, perjumpaan di lokasi yang admin tetapkan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 011 2625 1635(zana)/019 612 6773(suzie)/014 734 6773(suzie)

Ahad, 15 September 2013

Hantaran Perkahwinan 15.09.2013

Hantaran ini dibuat khas untuk adik..Hiasan polkadot kek kukus buah-buahan.
Lepas nie nak buat lee love tabur-tabur,bunga2an tabur-tabur..

Tempahan bulan Oktober dibuka..10 bakal-bakal pengantin akan menerima tawaran harga istimewa.


Kek Lapis buah-buahan kukus

Rabu, 11 September 2013

Bahulu Ikan homemade

Bahulu Ikan (50 pcs/1bungkus)
Bahulu pelbagai perisa dibuat agak keras untuk tahan lebih lama luar(kulit).Sesuai untuk dihadiahkan kepada tetamu.
Harga:
1- 1000 pcs - rm 0.40
1001- 2000 pcs - rm 0.30
2001 - 3000 pcs - rm 0.25
Berminat?jom lee order..
Bahulu packing 50 pcs


Bahulu yang siap packing dalam plastik. Setiap bungkus ada 2 bahulu ikan.
Tanpa hiasan RM 1.00 sahaja 
Ada hiasan RM 1.30 sahaja.
Ini memudahkan bakal-bakal pengantin 
2 biji Bahulu pack dlm plastik tanpa hiasan


Khamis, 5 September 2013

Swissroll Cakes

Selamat pagi Jumaat,lepas balik kerja rasa nya nak buat swissroll yg dah lama tak buat..bila tengok dalam u tube pelbagai corak swissroll hasil kerja tangan..nak  try lee dah lama tidak melukis pada kek nie..Jom kita buat sama-sama

Isnin, 2 September 2013

Resepi Kek Lapis Masam Manis

Terdapat pelbagai cara pembuatan kek Lapis masam manis. Ada proses masakannya mengukus dan ada yang membakar. Ada yang membuat lapisan demi lapisan, sisik ikan dan ada yang memasukkan /mematah haw flakes sekaligus.

Apa pun caranya tetap sama cuma rasa nye berlainan sedikit.

Bahan-bahan 

500 gm butter 
150 gm gula pasir halus
150 gm susu pekat
(gula & susu boleh kurang sekiranya tidak mahu manis)
10 biji telur 
300gm tepung biskut marie (1 paket biskut marie original)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu makan ovellate
2 peket Haw Flakes (bergantung saiz acuan, susunan)
1 sudu kecil pewarna (2 atau 3 warna)

Cara-caranya;

Butter,gula,susu dipukul sehingga kembang dan bertukar warna keputihan.Masukkan satu persatu telur. Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung biskut marie sedikit demi sedikit sehingga habis.Gaul hingga sebati. Baru masukkan ovellate dan akhir sekali esen vanila.

Bahagian 2 atau 3 bahagian dan setiap bahagian campurkan warna pilihan.

1) Susunan Haw Flake -proses pembakaran & mengukus 

Bakar  & kukus -  lapis demi selapis dan selang 2 lapisan susun haw flake

2) Hancurkan haw flake dan taburkan di dalam adunan - boleh pilih mana satu kukus atau bakar.


Tempahan kek Lapis Sarawak boleh dibuat bila-bila masa. Berminat boleh hubungi saya.


Jumaat, 30 Ogos 2013

Selasa, 20 Ogos 2013

Mudah nye Membuat Agar-agar Gulung

Ambil gambar dari http://dayangkek.blogspot.com/2008/10/agar-agar-gulung.html

Mungkin ada dikalangan kita menggemarkan agar-agar gulung kering yang dihasilkan di Sarawak. Di semenanjung Malaysia saya masih belum terjumpa agar-agar gulung. Jadi sebagai alternatif kena lee buat sendiri. Banyak juga resepi agar-agar gulung yang saya jumpa di Internet. Saya pernah makan agar-agar gulung semasa duduk di Kuching, Sarawak semasa 12 tahun dahulu..Agar-agar gulung adalah bentuk yang kering.

Tunggu hasil kerja tangan saya untuk membuat agar-agar gulung versi SNS.

Resepi Agar-agar Gulung diambil dari http://myrolledjelly.blogspot.com/


RESIPI AGAR-AGAR GULUNG TRADISIONAL

Bahan-bahan 


1kati (600gm) gula pasir

1 tahil agar-agar
6 cawan air
2 tahil gula batu 

Cara

1. Masukkan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan agar-agar dan masak sehingga semua agar-agar hancur.
3. Masukkan gula dan gula batu dan kacau sehingga larut 
4. Apabila telah likat, tuangkan satu senduk adunan ke atas dulang bulat dan lenggangkan  sehingga rata dan nipis
5. Gariskan beberapa pewarna air di atas agar - agar itu   untuk mendapatkan 
    tona warna yang cantik
6. Apabila agar - agar telah keras,gulungkannya ketat- ketat dan susunkan di dulang .
7. Potongkan agar-agar itu menyerong dansusun di  dalam pinggan. Hidangkan



Selasa, 13 Ogos 2013

Misi & Tekad Menjalankan Perniagaan

Bila tengok ramai yang  buat business jelous lak nak buat. Asyik beli jee dari orang tapi sendiri tak jalankan business. Habis kan duit sendiri tapi income tak masyuk2.
Banyak benda yang nak di jual nye,tp x tau lee nak buat yang dulu...
Sebelum2 ini hanya jalankan perniagaan hasil tempahan dari kawan2,saudara mara,sahabat handai dan juga kenalan,diwaktu raya,buat hantaran tunang dan perkahwinan,event dan sebagai doorgift..
Tergerak hati untuk buat online dan sumber income...