Isnin, 2 September 2013

Resepi Kek Lapis Masam Manis

Terdapat pelbagai cara pembuatan kek Lapis masam manis. Ada proses masakannya mengukus dan ada yang membakar. Ada yang membuat lapisan demi lapisan, sisik ikan dan ada yang memasukkan /mematah haw flakes sekaligus.

Apa pun caranya tetap sama cuma rasa nye berlainan sedikit.

Bahan-bahan 

500 gm butter 
150 gm gula pasir halus
150 gm susu pekat
(gula & susu boleh kurang sekiranya tidak mahu manis)
10 biji telur 
300gm tepung biskut marie (1 paket biskut marie original)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu makan ovellate
2 peket Haw Flakes (bergantung saiz acuan, susunan)
1 sudu kecil pewarna (2 atau 3 warna)

Cara-caranya;

Butter,gula,susu dipukul sehingga kembang dan bertukar warna keputihan.Masukkan satu persatu telur. Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung biskut marie sedikit demi sedikit sehingga habis.Gaul hingga sebati. Baru masukkan ovellate dan akhir sekali esen vanila.

Bahagian 2 atau 3 bahagian dan setiap bahagian campurkan warna pilihan.

1) Susunan Haw Flake -proses pembakaran & mengukus 

Bakar  & kukus -  lapis demi selapis dan selang 2 lapisan susun haw flake

2) Hancurkan haw flake dan taburkan di dalam adunan - boleh pilih mana satu kukus atau bakar.


Tempahan kek Lapis Sarawak boleh dibuat bila-bila masa. Berminat boleh hubungi saya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan