Isnin, 2 September 2013

Resepi Kek Lapis Masam Manis

Terdapat pelbagai cara pembuatan kek Lapis masam manis. Ada proses masakannya mengukus dan ada yang membakar. Ada yang membuat lapisan demi lapisan, sisik ikan dan ada yang memasukkan /mematah haw flakes sekaligus.

Apa pun caranya tetap sama cuma rasa nye berlainan sedikit.

Bahan-bahan 

500 gm butter 
150 gm gula pasir halus
150 gm susu pekat
(gula & susu boleh kurang sekiranya tidak mahu manis)
10 biji telur 
300gm tepung biskut marie (1 paket biskut marie original)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu makan ovellate
2 peket Haw Flakes (bergantung saiz acuan, susunan)
1 sudu kecil pewarna (2 atau 3 warna)

Cara-caranya;

Butter,gula,susu dipukul sehingga kembang dan bertukar warna keputihan.Masukkan satu persatu telur. Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung biskut marie sedikit demi sedikit sehingga habis.Gaul hingga sebati. Baru masukkan ovellate dan akhir sekali esen vanila.

Bahagian 2 atau 3 bahagian dan setiap bahagian campurkan warna pilihan.

1) Susunan Haw Flake -proses pembakaran & mengukus 

Bakar  & kukus -  lapis demi selapis dan selang 2 lapisan susun haw flake

2) Hancurkan haw flake dan taburkan di dalam adunan - boleh pilih mana satu kukus atau bakar.


Tempahan kek Lapis Sarawak boleh dibuat bila-bila masa. Berminat boleh hubungi saya.


Jumaat, 30 Ogos 2013

Selasa, 20 Ogos 2013

Mudah nye Membuat Agar-agar Gulung

Ambil gambar dari http://dayangkek.blogspot.com/2008/10/agar-agar-gulung.html

Mungkin ada dikalangan kita menggemarkan agar-agar gulung kering yang dihasilkan di Sarawak. Di semenanjung Malaysia saya masih belum terjumpa agar-agar gulung. Jadi sebagai alternatif kena lee buat sendiri. Banyak juga resepi agar-agar gulung yang saya jumpa di Internet. Saya pernah makan agar-agar gulung semasa duduk di Kuching, Sarawak semasa 12 tahun dahulu..Agar-agar gulung adalah bentuk yang kering.

Tunggu hasil kerja tangan saya untuk membuat agar-agar gulung versi SNS.

Resepi Agar-agar Gulung diambil dari http://myrolledjelly.blogspot.com/


RESIPI AGAR-AGAR GULUNG TRADISIONAL

Bahan-bahan 


1kati (600gm) gula pasir

1 tahil agar-agar
6 cawan air
2 tahil gula batu 

Cara

1. Masukkan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan agar-agar dan masak sehingga semua agar-agar hancur.
3. Masukkan gula dan gula batu dan kacau sehingga larut 
4. Apabila telah likat, tuangkan satu senduk adunan ke atas dulang bulat dan lenggangkan  sehingga rata dan nipis
5. Gariskan beberapa pewarna air di atas agar - agar itu   untuk mendapatkan 
    tona warna yang cantik
6. Apabila agar - agar telah keras,gulungkannya ketat- ketat dan susunkan di dulang .
7. Potongkan agar-agar itu menyerong dansusun di  dalam pinggan. Hidangkan



Selasa, 13 Ogos 2013

Misi & Tekad Menjalankan Perniagaan

Bila tengok ramai yang  buat business jelous lak nak buat. Asyik beli jee dari orang tapi sendiri tak jalankan business. Habis kan duit sendiri tapi income tak masyuk2.
Banyak benda yang nak di jual nye,tp x tau lee nak buat yang dulu...
Sebelum2 ini hanya jalankan perniagaan hasil tempahan dari kawan2,saudara mara,sahabat handai dan juga kenalan,diwaktu raya,buat hantaran tunang dan perkahwinan,event dan sebagai doorgift..
Tergerak hati untuk buat online dan sumber income...